Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Tuesday, August 2, 2011

Tauladan Daripada Kehidupan Bob Kuman - Sd2 Akan Membantu Anda.

Bagi pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, semenjak bergelar artis, berat badannya tidak terkawal dan menjadi obes akibat pengurusan makanan yang tidak baik.
Mahu memperbaiki tahap kesihatan, Bob perlu membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).

"Saya memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iaitu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain komplikasi buah pinggang. Syukur dengan sumbangan Hero Malaya sebanyak RM 60,009, saya boleh melakukan rawatan. Namun, jumlah itu belum cukup untuk menampung segala kemungkinan pada masa akan datang. Justeru saya akan mengeluarkan single album untuk menampung perbelanjaan itu kelak," ujarnya.

Sebelum menjalani pembedahan pintasan perut, dia perlu berdiet selama sebulan.
Bob Kuman perlu mengurangkan kandungan karbohidrat dalam badannya dengan memakan makanan lembut.

Kebetulan, komplikasi penyakit akibat obesiti yang dialaminya sangat serius dan boleh memberi kesan kepada paru-paru dan hati.

Melakukan rawatan di Pusat Rawatan KPJ Damansara, Bob Kuman menasihatkan orang ramai khususnya lelaki agar makan berpada-pada. Bagi peminatnya, Bob Kuman boleh dihubungi melalui laman sosial Twitter.
Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan gambaran negatif baik wanita mahupun lelaki.
Namun, mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Bob Kuman antara lelaki yang akhirnya sedar obesiti perlu diatasi demi mencapai kesejahteraan hidup.
Pada peringkat awal, gemuk atau obesiti boleh menyebabkan masalah seperti sukar berjalan, sakit belakang, sering keletihan, menjejaskan keadaan kulit dan sesak nafas.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, berat badan berlebihan ini berkecenderungan menjadi lebih teruk dengan ancaman penyakit yang boleh membawa maut.

Pembedahan
Ketika ini terdapat tiga jenis pembedahan obesiti atau bariatrik iaitu Lingkaran Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB), pembedahan Sleeve Gastrectomy (SG) dan Pintasan Gastrik (GB).
Walaupun pencegahan adalah jalan terbaik daripada rawatan, kaedah pembedahan ini merupakan khabar gembira buat mereka yang mengalami komplikasi obesiti.

Menurut Pakar Surgeri Am Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr. Cha Kar Huei, individu yang ingin melakukan pembedahan bariatrik boleh memilih salah satu daripada tiga kaedah tersebut.
Namun bukan semua orang yang berbadan besar boleh melakukannya kerana mereka perlu mempunyai indeks Jisim Badan ( BMI ) melebihi 40 atau 35.

"Pilihan pembedahan bariatik merupakan rawatan bagi golongan obesiti menurunkan berat badan berperingkat-peringkat dengan dikawal pakar perubatan. Mereka yang boleh melakukan pembedahan ini telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan tapi tidak berjaya.

“Seperti pembedahan penyakit lain, pesakit membuat rawatan susulan, mengubah gaya hidup seperti berdiet, bersenam dan berhenti merokok. Selain itu, mereka perlu mengikuti panduan perubatan secara terperinci," ujarnya.
OLEH RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Turunkan berat badan tuan/puan dengan Slim Diet 2. Penurunan adalah pasti, 1 tin Sd2 seminggu bersamaan 3 kg setiap minggu adalah pasti sekiranya setia pada syarat. Sd2 adalan produk turunkan berat badan yang berkesan,produk pelangsingan badan yang terpantas, pengurangan berat yang maksimum, menjimatkan dan dijamin akan memuaskan hati anda.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan, berminat nak jadi kurus, nak tahu baganaimana cara untuk kurus, boleh hubungi saya untuk mendapatkan Sd2. Produk pelangsingan badan yang berkesan, terbaik dan harga yang mampu dibeli oleh semua orang.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195
Emel : mohdazizi2u@gmail.com
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline, Slim Diet 2 & Alpha Lipid Sleep Time
website : http://www.newimageasia.com.my/ 
Related Blog : http://alphalipid2sihat.blogspot.com/
                    : http://sleeptime-net.blogspot.com/

1 comment: