Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Thursday, February 28, 2013

PERSOALAN : Berapa Tin Alpha Lipid Sd2 Yang Sy Perlukan.

Jika anda bertanya kepada saya, secara jujurnya saya akan menjawab 4 tin Alpha Lipid Sd2 iaitu untuk bekalan anda selama sebulan. Mengapa?

Mudah sahaja, kerana tempoh sebulan adalah suatu jangka masa yang terbaik dan optimum untuk meningkatkan dan seterusnya mengekalkan kadar metabolisma badan anda. Perkara ini penting kerana fungsi utama Alpha Lipid SD2 bukanlah menyingkirkan lemak dari badan anda secara memaksa. 

Alpha Lipid SD2
Alpha Lipid SD2 : Kurus Tanpa Berlapar!


Malahan, ia berfungsi meningkatkan fungsi badan dan tahap metabolisma anda. Secara langsung, pembakaran lemak dalam badan anda bertindak lebih aktif dan cergas. Dalam tempoh sebulan juga, anda bakal melihat perubahan yang besar samada pada angka berat ataupun saiz ukurlilit badan anda.


Bagaimana jika saya beli 2 tin Alpha Lipid SD2?


Tiada masalah juga, kerana tempoh pengambilan minimum yang disarankan adalah 2 tin Alpha Lipid SD2 iaitu bekalan untuk 2 minggu sahaja. Untuk pengetahuan anda, 2 minggu pertama ini teramatlah penting kerana ia adalah tempoh kritikal untuk badan anda menyesuaikan dengan sistem diet yang baru, dan juga, untuk peningkatan kadar metabolisma badan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pengambilan hanya 1 tin (seminggu) adalah suatu pembaziran kerana anda tidak mendapat kebaikan sebenar Alpha Lipid SDII ini. Ya, anda mungkin sudah mendapat penyusutan pada berat atau ukurlilit badan anda, namun tahap metabolisma badan anda mungkin masih tidak meningkat ke tahap yang tinggi. Oleh itu, berkemungkinan berat badan anda akan kembali ke asal dalam jangka masa yang singkat!

Ps: Secara logiknya pula, jika anda mahu turunkan berat anda sebanyak 10kg, berapakah Alpha Lipid SD2 yang anda perlu ambil? 

Pss: Secara purata, penurunan berat badan oleh pembeli kami bagi setiap tin adalah antara 2-5kg. Mungkin anda sudah mendapat jawapannya bukan?

Monday, February 25, 2013

Tip Kurus Cepat Dengan Alpha Lipid Sd2

Saya kerap menerima panggilan daripada para pengguna yang membuat pembelian daripada pengedar luar yang tidak bertauliah seperti di kedai jamu, farmasi malahan daripada kawan masing-masing. 

Namun, apa yang membimbangkan saya adalah hampir 90% daripada mereka mengadu bahawa mereka tidak mengalami sebarang perubahan berat mahupun saiz walaupun ada yang telah menggunakan sehingga 8 tin Alpha Lipid Sd2. Jika ada pun, nilainya terlalu kecil jika dibandingkan dengan potensi sebenar penurunan berat badan Alpha Lipid Sd2 iaitu antara 2-5kg dalam masa seminggu.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Hanya ada 2 kemungkinan sahaja iaitu:


Pertama,
Produk Alpha Lipid Sd2 yang dibeli itu adalah TIRUAN! Tahukah anda bahawa terdapat suatu sindiket yang sedang giat menghasilkan produk tiruan Alpha Lipid Sd2, terutamanya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, untuk mengambil kesempatan terhadap reputasi dan permintaan yang amat tinggi terhadap produk ini.

Produk tiruan amat membahayakan kesihatan anda kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan berisiko dan terlarang. Pihak syarikat NZ New Image juga tidak akan sekali-kali bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap pengguna tersebut.

Sebab itulah pihak syarikat telah mengeluarkan peringatan dan amaran bertulis di dalam akhbar-akhbar utama mengenai perkara ini.


Kedua,
Pembelian anda tidak disertai dengan Buku Panduan Alpha Lipid Sd2 dan khidmat nasihat daripada pengedar bertauliah yang pakar seperti kami. Jika anda membeli di kedai jamu, saya tahu bahawa mereka hanya mengatakan begini, "Kamu minum 4 kali sehari dan jangan makan nasi. Itu sahaja.". Sebenarnya mereka silap kerana ada beberapa perkara lain yang anda perlu tahu sebelum memulakan pengambilan Alpha Lipid Sd2

Buku panduan yang biasanya diberikan percuma kepada anda juga amat penting kerana ia mengandungi maklumat lengkap berkaitan produk beserta cara dan tips penting sebelum, semasa dan selepas mengamalkan Alpha Lipid Sd2. Juga, ia turut memuatkan faktor-faktor yang boleh memperlahankan penurunan berat badan anda.

Oleh itu, jika anda tidak pernah mendapat khidmat nasihat atau buku panduan tersebut, anda sedang membazirkan wang, masa dan tenaga anda kerana saya jamin anda tidak akan mendapat kesan yang sepatutnya. Anda juga tidak akan sekali-kali tahu tentang tips penting untuk kuruskan badan cepat dengan produk Alpha Lipid Sd2.

Tips Kurus Cepat Semasa Penggunaan Alpha Lipid Sd2


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips tambahan yang mudah, tetapi amat berkesan, semasa anda mengamalkan Alpha Lipid Sd2. Antara tips-tips tersebut adalah:
  • Amalkan penyah-toksik (detoxification/ detox) selama 2 hari sebelum anda mulakan pengambilan Alpha Lipid Sd2. Amalkan pengambilan hanya buah-buahan dan sayur-sayuran  sepanjang proses detox tersebut.
  • Campurkan 1 sudu kecil cuka epal (Apple Cider Vinegar) atau minyak zaitun atau kedua-duanya sekali ke dalam bancuhan Alpha Lipid Sd2. Anda hanya perlu lakukannya SEKALI SEHARI.
  • Lakukan senaman untuk menggalakkan perpeluhan dan pembakaran lemak dalam badan. Senaman ringan sudah memadai jika anda benar-benar sibuk dan tidak mempunyai masa.
  • Amalkan minum 8 gelas (2-3liter) air kosong sehari untuk melancarkan peredaran darah dan sistem dalam badan. Untuk pengetahuan anda, air juga membantu menyingkirkan lemak yang terurai melalui perpeluhan dan air kencing anda. 
Oleh itu, saya nasihatkan agar anda semua mendapatkan produk pengurusan badan Alpha Lipid Sd2 yang original daripada pengedar yang bertauliah. Perkara ini penting supaya pembelian anda berbaloi dan hasilnya juga memberangsangkan. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan produk dan pembelian, sila hubungi para pengedar kami dengan segera.

Sekian, terima kasih dan salam kejayaan.

Sunday, February 24, 2013

Alpha Lipid Sd2 Adalah Makanan Tambahan

 
Alpha Lipid SD2

Alpha Lipid SD2 - Sebagai Makanan Tambahan


Buat pengetahuan umum, makanan gantian adalah produk yang mensyaratkan anda untuk mengambil hanya produk tersebut, sebagai contoh pada waktu sarapan, tetapi anda sama sekali tidak dibenarkan mengambil makanan sarapan anda. Namun, lain pula bagi makanan tambahan.

Makanan tambahan tidak mensyaratkan anda untuk mengambil produk tersebut semata-mata, malahan bagi Alpha Lipid SD2, anda digalakkan pula mengambil hidangan anda seperti biasa pada setiap hari seperti sarapan, tengahari dan makan malam. Anda tak boleh berlapar semasa berdiet! Pelik bukan??

 
Jadi,  jangan lepaskan produk yang sangat mudah dan berkesan seperti Alpha Lipid SD2. Bayangkanlah anda tidak akan terseksa kerana menahan lapar untuk menjadi kurus! Sila dapatkan daripada kami, dan produk kami dijamin original dan asli.

P/s: Alpha Lipid SD2 juga bukanlah sejenis ubat-ubatan atau dadah kerana ianya dicipta berasaskan daripada bahan-bahan semulajadi sahaja seperti protein soya dan sebagainya. Jadi ianya selamat digunakan! :)

Ketostick Warna Pink Adalah Tanda Pembakaran Lemak

Seperti yang kita  ketahui, program diet Alpha Lipid Sd2 merupakan program diet pengurusan berat badan TANPA BERLAPAR. Alpha Lipid SD2 juga merupakan program diet yang pertama yang membolehkan anda melihat progress dan keberkesanan produk pada diri anda. 



KEPENTINGAN KETOSTICK KEPADA ALPHA LIPID SD2


Ketostick merupakan suatu alat untuk mengesan kehadiran lemak yang terurai (ketone) dalam urine, hasil daripada proses pembakaran lemak yang dipanggil ketosis. Ketostick merupakan suatu elemen penting dalam program diet Alpha Lipid SD2 bagi memastikan bahawa badan anda sedang membakar lemak ataupun tidak.

Jadi bagaimana untuk mengetahui keputusan bagus atau tidak?


Anda perlu memastikan hasil ujian ketostick anda berwarna pink (merah jambu) seperti dalam gambar di atas. Anda sudah boleh bermula seawal hari ke-3 pengambilan Alpha Lipid SD2. Jika anda berjaya, bermaksud badan anda sedang membakar lemak pada kadar yang paling ideal. Anda perlu teruskan sahaja cara anda berdiet dan pemakanan harian anda.

Namun, jika anda mendapat warna putih atau ungu, anda perlu memperbetulkan semula kadar pengambilan karbohidrat anda sehinggalah anda mendapat keputusan positif (warna pink) pada ujian air kencing anda. Jika anda tidak mendapat warna pink, maka ianya satu pembaziran kepada wang ringgit kerana anda mungkin tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Dapatkan produk Alpha Lipid SD2 yang original daripada kami dengan menghubungi/SMS 012-904 2133-AZIZI. Kami adalah pengedar dan konsultan yang bertauliah bagi seluruh negara.

P/s: Ribuan pengguna menjadi kurus dengan cepat dan terkejut dengan hasil penurunan berat/ saiz badan dari minggu pertama lagi. Yang lebih penting, penurunan berat badan yang cepat ini dijamin selamat, tiada kesan gebehan serta tiada kesan yo-yo. Biasa berlaku pada diri anda bukan...?

Saturday, February 23, 2013

Kelebihan Program Diet Alpha Lipid Sd2

SELAMAT - Ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.

BERKESAN - Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.

JIMAT - Lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

SEMULAJADI - Menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.

KURANG 'YO-YO EFFECT' - Yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau ‘yo-yo effect’ dapat dikurangkan.


 

Saturday, February 2, 2013

Tips Diet Alsd2 Untuk Ibu Menyusu

Soalan yang sering ditanya oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak:
Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti ALSD2 selamat untuk ibu yang menyusukan?

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. 

Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. 

Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. 

Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil ALSD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebih kurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila menggunakan ALSD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet ALSD2,  ramai yg risau kadar protein yang terlalu tinggi akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protein di dalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protein yang cukup iaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protein, tidak seperti zat makanan yang lain, ia tidak boleh disimpan di dalam badan ibu.

Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil ALSD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet ALSD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. 

Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.