Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Saturday, August 27, 2016

ANTARA KEMEWAHAN MAKANAN DAN OBESITI


MENURUT kajian, 17.5 peratus penduduk Malaysia mengalami obesiti berikutan makan berlebihan. Angka ini membimbangkan kerana dijangka angka ini meningkat jika usaha-usaha ke arah menangani masalah ini tidak diamalkan oleh orang ramai terutamanya mengawal makanan, serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Kebanyakan kita sudah terbiasa dengan makanan yang mewah-mewah sehingga ada yang terlebih makan tanpa memikirkan kesan negatif di sebalik amalan makan berlebihan. Lihat sahajalah berapa rumah terbuka yang kita kunjungi pada setiap kali musim perayaan. Lihat jugalah apa yang kita makan daripada celik mata sampai malam.
Malah, segala macam majlis yang dianjurkan semua­nya melibatkan soal makan. Daripada sekecil-kecil mesyuarat sampailah ke mesyuarat yang besar-besar, semuanya ada makanan. Malah, oleh sebab ramai antara kita terlalu mewah, pelbagai majlis sambutan ulang tahun kelahiran kita buat; yang bukan hanya melibatkan budak-budak kecil sampai belasan tahun, malah hari ulang tahun datuk dan nenek pun kita sambut dengan makan minum dan sebagainya.
Kita juga sudah biasa dengan ungkapan ‘ramai penduduk negara lain mati kerana tidak cukup makan, tetapi ramai antara kita yang mati kerana terlebih makan.’ Apa-apa pun semua ini tidak bererti kita akan mati kerana kemewahan yang kita nikmati kerana semua ini boleh diubah.
Kemewahan kita berpunca daripada pelbagai ke­senangan yang kita miliki tetapi malangnya kesenangan ini tidak kita gunakan untuk tujuan kesihatan terma­suklah menjaga pemakanan dan pelbagai kegiatan lain yang boleh membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan.
Kebanyakan kita terlalu sibuk mengejar kemewahan hidup sehingga lupa untuk menjaga kesihatan walaupun kaedah menjaga kesihatan itu kita fahami dengan jelas. Menurut pakar-pakar kesihatan, kebanyakan daripada kita malas bersenam sedangkan kemudahannya ada. Kemudahan untuk bersukan juga ada memandangkan pelbagai prasarana sukan ada di setiap daerah dan negeri.
Sama ada di kampung mahupun di bandar, orang ramai mestilah mencari peluang untuk melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh apatah lagi pelbagai kemudahan disediakan kepada penduduk untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Tegasnya, setiap anggota masyarakat mestilah mempunyai jadual harian atau mi­ngguan untuk melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Sesibuk mana pun seseorang itu, mereka mestilah mencari sedikit masa demi memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik. Mereka juga mestilah me­ngawal pengambilan makanan agar mereka tidak terlibat dalam masalah obesiti yang boleh membawa kepada masalah-masalah lain.
Kita percaya, dengan adanya inisiatif pelbagai pihakdisertai dengan kesedaran individu, gaya hidup sihat akan menjadi rutin dalam kehidupan seharian.
Salah satu produk yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan ialah Alpha Lipid sd2.
TERBUKTI KERANA HANYA ALPHA LIPID SD2 PRODUK YANG BETUL2 BERKESAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!! Ramai yang telah mengakui keberkesanannya.. ANDA BAGAIMANA??
Jangan buang masa anda untuk mencari produk penurunan berat badan lagi ALSD2 ada jawapannya..
UNTUK PEMBELIAN, BOLEH WHATSAPP / CALL/ SMS ke
013 9837195 (AZIZI)
HARGA RUNTUH RM180 DARI SAYA. (HARGA BIASA RM201.40)
FREE SHAKER DAN FREE POS LAJU KE SELURUH SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK/LABUAN

No comments:

Post a Comment