Nitrates atau nitrites adalah bahan campuran tambahan kepada daging (seperti bacon atau ham yang dirawat) dan juga ikan salai untuk mengekalkan warna yang menarik dan menghalang pertumbuhan kuman dan racun didalam makanan tersebut.
Walaupun bahan kima tersebut bukanlan karsinogen (penggalak pertumbuhan kanser), tetapi ianya akan menghasilkan bahan sampingan seperti nitrosamines, yang mengakibatkan kadar pertumbuhan kanser yang tinggi terutamanya kolon dan gastrik kanser pada haiwan.
Oleh sebab itu,adalah langkah yang bijak jika kita mengurangkan atau tidak mengambil terus makanan yang mengandungi nitrates atau nitrites. Carilah makanan yang bebas nitrates yang selalunya terdapat di kedai makanan semulajadi dan kadang-kadang terdapat disetengah supermarket.
Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment