Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Friday, September 30, 2011

Kenapa BUAH_BUAHAN Tidak Dibenarkan Semasa Menjalani Plan Diet Sd2

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain.
 
Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut. Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.
 
Didalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan.
Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:
 
-Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Belimbing 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g
Source: New Image – Rapid Weight Loss Made Easy

No comments:

Post a Comment