1. Kesihatan
Inilah punca utama mengapa kita perlu kurus.Ramai juga yang berkata, "biarlah gemuk janji sihat..." Ada ke gemuk yang sihat.Sudah tentu tiada.Ketika Miza gemuk diusia muda, memang tiada masalah.Namun apabila usia semakin meningkat, sedikit demi sedikit penyakit yang kecil-kecil mula mendatang.Ini punca-punca kecil yang lama-kelamaan jika dibiarkan penyakit yang besar pula yang datang.Dengan itu Miza tidak mahu mengambil ringan dengan masalah kesihatan yang kecil-kecil ini.Miza perlu berubah. Sejarah keluarga juga ramai yang menderita akibat kencing manis dimana ia sedikit demi sedikit mengundang penyakit lain yang lebih besar.
2. Keyakinan Diri
Pasti ramai yang menghadapi masalah ini. Miza pun menghadapi masalah yang sama satu ketika dulu. Terutama ketika suami mengajak menghadiri aktiviti-aktiviti 'Dinner', Hari Keluarga, Rekreasi dan sebagainya bersama-sama rakan sekerjanya. Miza kalau boleh cuba mengelak untuk pergi.Apa tidaknya isteri-isteri rakan sekerjanya semuanya slim-slim belaka.Rasa malu sangat. Kesian kat suami pun ada juga sebab isterinya gemuk.Maka sampai bila ingin berterusan begini. Kini dengan Slim Diet 2, keyakinan diri semakin meningkat. Suami pun seronok sebab Miza dah selalu menemainya kemana saja suami pergi.
3. Pergerakan Terbatas
Miza walaupun gemuk suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Tapi bila badan gemuk aktiviti kita agak terbatas. Kalau terlebih aktif sikit mulalah sakit lututlah, sakit pergelangan kakilah dan macam-macam lagi.Akibatnya suamilah yang menjadi mangsa terpaksa urut sana-sini yang sakit.Sambil-sambil tu pekakkan aje telinga mendengar suami membebel.
Tapi semenjak amalkan Slim Diet 2, sakit lutut dan sendi semuanya dah hilang.Suami pun senang hati. Cuma sesekali minta diurut, itupun bukan kerana sakit tapi rindu dengan urutan suami. Hehehehehe.....
4. Susah Nak Bergaya
Memang bermasalah. Baju yang cantik semuanya tak muat, semuanya tiada saiz kita.Saiz XXL tak banyak pilihan.Selalu hampa.Miza ada group yang selalu membeli fesyen yang sama untuk digayakan jika ada aktiviti riadah.Mereka selalu marah sebab bila sampai kat Miza aje pasti tiada saiz.Kalau ada saiz pun mesti kat perut dan punggung tak muat.Terpaksa beli yang seakan-akan sama fesyennya untuk saya.Pastu pakaian Miza lah yang paling mahal.Geram betul.Kalau shopping tak pernah cukup sejam-dua untuk menemui pakaian yang sesuai.
Sekarang dengan Slim Diet 2, Miza dah mula pakai saiz L. Miza juga dah boleh beli pakaian yang cantik-cantik melalui on-line.Hehehehe....jangan jealous...
5. Pandang Rendah Masyarakat
Tidak dinafikan masyarakat sentiasa memandang rendah kepada orang gemuk. Selalu menjadi bahan ketawa dan gurauan.Tak kira dimana saja. Sedangkan merekapun bukannya bagus sangat nak mengejek dan menghina orang yang gemuk.Namun itu semua dugaan dan cabaran. Sekarang Miza nekad untuk kurus bukan kerana dihina tapi demi kesihatan diri. Miza perlu sihat untuk menguruskan anak-anak dan keluarga.
Sekarang Miza banyak mendekati orang-orang yang bersaiz XXL untuk membantu mereka menurunkan berat badan.Bukan niat memerli tetapi hati ikhlas ingin membantu berkongsi produk yang bagus dan terbukti berkesan agar kita sama-sama kurus, sihat dan cantik.
Untuk mereka yang betul-betul ingin berubah dan yakin boleh berubah untuk diri-sendiri, cubalah Slim Diet 2 hari ini juga. Jangan lepaskan peluang yang ada.
InsyaAllah, Miza akan cuba membantu.
AZIZI
0139837195
Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”
No comments:
Post a Comment