Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Thursday, November 17, 2011

Tsunami Obesiti Melanda Dunia

Satu obesiti tsunami kini melanda dunia ekoran bilangan golongan dewasa yang gemuk meningkat hampir dua kali ganda sejak 1980. Menurut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, Imperial Collage dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), lebih separuh billion lelaki dan wanita didapati mengalami obesiti

Berdasarkan perangkaan itu, hampir seorang bagi sembilan orang dewasa tergolong dalam kategori gemuk. Menurut WHO berat badan berlebihan akan menyebabkan tiga juta orang mati setiap tahun kerana penyakit kanser, diabetes, jantung dan penyakit lain.(Rujukan:Kosmo,5 Februari 2011)

Ya Allah.....risau bila mendengar berita-berita begini.Inilah salah satu punca aku mengikuti Program Slim Diet 2.Bukan kerana aku tidak menerima takdir kematian, tapi biarlah matiku dalam keadaan yang beriman dan baik-baik tanpa menyusahkan orang-orang yang ditinggalkan.Kini beratku semakin menurun dan penurunan ini serba sedikit telah mengurangkan masalah kesihatan dikakiku terutamanya lutut kerana menampung berat badan yang berlebihan.Kurus dan cantik itu adalah bonus yang diberi oleh Allah tapi yang penting niat ikhlas untuk menjaga kesihatan diri melebihi dari segalanya.Apa gunanya wang berkepuk-kepuk tapi akhirnya habis untuk membiayai penyakit-penyakit yang kronik.Ramai yang menyatakan itu semua qada dan qadar dari Allah namun perlu diingatkan bahawa "ingatlah lima perkara sebelum lima perkara" yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan Raihan diantaranya ialah "ingatlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu".
Maka sementara kita sihat dan belum didatangi penyakit,marilah kita mengamalkan cara hidup yang sihat dengan meyertai Program Slim Diet 2. Jangan malu atau segan untuk mengamalkan senaman dan pemakanan yang sihat.Pedulikan apa orang lain kata kerana mereka tidak akan membela kita jika kita sakit terlantar.Tanamkan azam dan kekuatan dalam diri anda.Bagi mereka yang telah sedia kurus pula jangan terlalu yakin bahawa anda sihat sepenuhnya.Ingat,tabiat pemakanan yang tidak sihat akan mengundang kematian mengejut walaupun kita kurus.

AZIZI
0139837195

No comments:

Post a Comment