Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Monday, January 14, 2013

Berlapar Tidak Akan Meurunkan berat Badan Anda

Antara kesilapan yang selalu dibuat oleh orang berdiet adalah menyangkakan berlapar akan dapat menurunkan berat badan. Anda tidak akan dapat menurunkan berat badan jika anda berlapar kerana anda akan makan lebih banyak dari biasa!

Bila anda berlapar, badan anda akan bertukar kepada mode lapar (survival mode) dan badan akan mengambil tindakan untuk menyimpan tenaga yang sedia ada dan menggunakannya secara efisyen supaya anda sentiasa mempunyai tenaga yang mencukupi semasa berlapar. Apabila berlaku begitu, metabolisma badan akan berkurangan, dengan erti kata lain tiada pembakaran lemak berlaku.

Selain daripada itu kemahuan untuk makan apabila anda berlapar akan meningkat. Contohnya apabila anda tidak mengambil sarapan, pada makan tengahari anda akan makan lebih banyak dari biasa. Secara logiknya bila ini berlaku adakah anda dapat kurangkan berat badan? makin meningkat adalah.. malah badan anda akan letih, tiada tenaga dan lesu sepanjang hari.

Oleh itu jangan lah sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan. Ketahuilah cara yang betul jika anda ingin menurunkan berat badan.

Program Diet Lengkap Alpha Lipid SD2 memerlukan anda makan 3 kali sehari untuk menurunkan berat badan. So, tak perlu berlapar walaupun anda diet...

No comments:

Post a Comment