Hamba Mu Berdoa Ya ALLAH..Amin

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia; dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan Kemuliaan, Kepemurahan dan KebaikkanMu, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasihi diantara Yang Pengasih.”

Friday, July 22, 2011

Kunci Turunkan Berat Badan = Sd2 + Senaman

 
Satu elemen yang menentukan kejayaan dalam menurunkan berat badan ialah memastikan diet pemakanan anda diubah sepenuhnya.
 
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan berat badan ideal? Jawapannya terlalu banyak dan semua ini bergantung kepada kecekalan hati untuk menjadikan ia suatu realiti atau fantasi semata-mata.

Mari kita lihat beberapa panduan yang berguna untuk memberikan berat badan yang unggul selain diet pemakanan: 1. Tidak sekali meninggalkan sarapan Sarapan adalah hidangan terpenting dalam kehidupan harian. Seeloknya, usah tinggalkan sarapan sehingga boleh membuatkan anda lesu dan tidak bermaya dalam menjalani kehidupan seharian.

Ketika tidur, kita kehilangan banyak metabolisme dan ketika bersarapan ia akan meningkatkan metabolisma badan dengan cepat dan sempurna. 2. Banyak minum air dan tidur Minum air dengan banyak dan mendapatkan tidur yang cukup adalah salah satu proses yang digalakkan ketika menguruskan badan. Minum air dapat membantu mengawal pengambilan makanan serta memastikan perut kita sentiasa penuh.

Ia juga membantu peredaran darah dengan menyingkirkan toksin dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan seperti lemak melalui pembuangan semula jadi. 3. Mengira kalori Adakah anda tahu kalori yang anda perlukan untuk mengekalkan berat badan anda sekarang dan berapa banyak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan?

Apabila anda mengetahuinya, anda hendaklah tahu berapa banyak kalori sudah diambil serta membuat sedikit penambahbaikan jika perlu. Menulis jumlah kalori setiap hidangan dapat membantu anda mengira kandungan pemakanan anda dengan tepat. 4. Turun berat secara berperingkat Peningkatan berat badan mengambil masa yang lama iaitu bertahun-tahun, maka menurunkannya pula bukanlah suatu kerja yang mudah dan singkat.

Kehilangan berat badan dalam masa yang singkat dan drastik tidak akan berjaya. Secara teorinya ia adalah kehilangan bendalir dalam badan dan tisu otot di mana dikhuatiri tidak sihat.

Namun sebelum memulakan semua tip di atas, beberapa teknik utama yang penting harus diketahui. Ramai yang keliru dengan cara pemakaian yang betul dan alatan yang harus dibawa ketika bersenam.

Pakaian senaman yang tepat sama penting dengan jenis senaman yang hendak dilakukan. Selain keselesaan, anda juga mahu kelihatan menarik ketika melakukan aktiviti kecergasan.

Pakaian sukan kini banyak dihasilkan menggunakan fabrik fiber sintetik atau material jaring yang membantu menyerap peluh selain menurunkan haba lebihan dalam badan.

Tidak lupa juga dengan pemakaian seluar yang betul tidak kira panjang atau pendek. Bawah badan adalah bahagian yang banyak bergerak dalam aktiviti kecergasan.

Antara barangan lain yang penting ialah kasut. Pilih kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti yang ingin anda lakukan. Kesan risiko kecederaan memakai kasut yang tidak sesuai adalah tinggi.

Begitu juga dengan pemakaian stoking. Dalam aktiviti kecergasan, ia penting untuk dipakai. Selain itu, bawa tuala, jam tangan yang sesuai untuk aktiviti senaman dan pemain MP 3.

Ini adalah alat bantuan senaman yang mudah dibawa dan boleh digunakan sebagai motivasi diri.

Namun, harus diingat perkara penting sebelum memulakan sebarang aktiviti ialah regangan badan. Ia dapat membantu mengelak kecederaan dan berasa lebih selesa ketika bersenam.

Turunkan berat badan tuan/puan dengan Slim Diet 2. Penurunan adalah pasti, 1 tin Sd2 seminggu bersamaan 3 kg setiap minggu adalah pasti sekiranya setia pada syarat. Sd2 adalan produk turunkan berat badan yang berkesan,produk pelangsingan badan yang terpantas, pengurangan berat yang maksimum, menjimatkan dan dijamin akan memuaskan hati anda.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan, berminat nak jadi kurus, nak tahu baganaimana cara untuk kurus, boleh hubungi saya untuk mendapatkan Sd2. Produk pelangsingan badan yang berkesan, terbaik dan harga yang mampu dibeli oleh semua orang.

Mohd Azizi Bin Abd Aziz
Supervisor
ID No : 255016
Tel No : 013 9837195
Emel : mohdazizi2u@gmail.com
N.Z New Image Sdn Bhd
Products : Alpha Lipid Lifeline, Slim Diet 2 & Alpha Lipid Sleep Time
website : http://www.newimageasia.com.my/ 
Related Blog : http://alphalipid2sihat.blogspot.com/
                    : http://sleeptime-net.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment